Sunday, February 28, 2010

8 Bendera Yang Berkibar Dan 7 Golongan Yang Dinaungi Rahmat Di Padang Mahsyar.


Tajuk : 8 Bendera Yang Berkibar Dan 7 Golongan Yang Dinaungi Rahmat Di Padang Mahsyar.

Oleh : Sangtawal Sakranta.

Sumber : Majalah Hakiki Bil 0027, m/s 25.

[ Di Padang Mahsyar nanti, bendera-bendera akan dipasang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan dibawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu dipasang dan dikibarkan oleh :

1. Liwaus Shidqi ( bendera kebenaran), dikibarkan oleh Saidina Abu Bakar As-siddiq RA.Semua orang yang benar dan jujur akan berada di bawah bendera tersebut.

2. Bendera Fuwaha’ untuk Saidina Muaz Bin Jabal RA.Semua orang yang alim akan berada dan berbaris dibawah bendera panji-panji ini.

3. Bendera Zuhud, untuk Abu Dzar RA , semua manusia yang menjiwai dan berusaha dengan zuhud akan berada dibawah bendera ini.

4. Bendera Dermawan untuk Saidina Usman bin Affan RA.Para dermawan akan berada dibawahnya.

5. Bendera Syuhada untuk Saidina Ali RA. Setiap orang yang mati syahid akan berbaris di bawah bendera ini.

6. Bendera Qurra’ untuk Ubayya Bin Ka’ab RA.Para qari akan berbaris di bawah bendera panji-panji ini.

7. Bendera Mu’adzin untuk Bilal RA.Para mu’adzin akan berada pada barisan di bawah bendera ini.

8. Bendera orang-orang yang dibunuh kerana teraniaya untuk Saidina Husain RA.Orang-orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada dibawah bendera ini.

Rasulullah saw bersabda :
“ Tujuh orang yang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naunganNya ialah :

1. Penguasa atau pemimpin yang adil,

2. Seorang remaja yang mengawal keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.

3. Seorang lelaki yang hatinya ditautkan kepada masjid-masjid.

4. Dua orang berkasih sayang kerana Allah, iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu dia menjawab “sesungguhnya aku takut kepada Allah”

6. Seseorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya.

7. Seseorang yang berzikir kepada Allah Taala di tempat yang sunyi, hingga kedua matanya bercucuran air mata.

( Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) ].

Sangtawal Sakranta....


Wednesday, February 24, 2010

Ya Rasulullah : Dari Cahaya Membawa Cahaya Kepada Cahaya.


Ya Rasulullah : Dari Cahaya Membawa Cahaya Kepada Cahaya.

Oleh : Sangtawal Sakranta.


Ya Rasulullah SAW….
Kami amat menyayangimu,
Kami amat merindui saat bertemu denganmu,
Kami amat mendambakan bimbinganmu,

Ya Allah, Engkau musnahkanlah musuhMu dan musuh musuh RasulMu,
Ya Allah, Engkau hancurkan pengkhianat agamamu dan pengkhianat RasulMu,
Ya Allah, Engkau musnahkan mereka yang menyebut namaMu, ingin memiliki namaMu, tetapi tidak beriman kepadaMu dan mendustai kekasihMu Muhammad.
Ya Allah, Engkau bantulah Ahlul Bait RasulMu dengan kemenangan,
Ya Allah, Engkau hancur leburkan rancangan dan fitnah Ahlul Bait Palsu.

Ya Allah, jauhilah kami dari fitnah Dajal dan kuncu-kuncunya,
Ya Allah, jauhilah kami dari perangkap dan tipu daya Iblis.
Ya Allah, bimbinglah kami dengan cahaya kepada cahayaMu,
Ya Allah, rahmatilah Nabi Muhammad saw dan seluruh ahli keluarga Baginda,
Ya Allah, berikanlah kami ilmu , semangat dan kekuatan untuk bersama menegakkan Islam di hari kebangkitan akhir zaman.

Masanya sudah hampir tiba..

Ihzim Hum, Ihzim Hum, Ihzim Hum,
Wan Shurna Alaihim.

La Tahzan Innallo hama ana

***********

*Hayatilah baik-baik ucapan oleh Habib Munzir di bawah, dia pasti menyampaikan apa yang terucap atau terlintas dari hatinya!




*Setiap orang insan dalam perjalanan hidupnya, pasti menuju ke satu tujuan akhir. Apakah matlamat akhir perjuangan kita???



Selalulah beramal dengan Selawat Badar ini :



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Dari :

Sangtawal Sakranta.

Thursday, February 18, 2010

Koleksi Syiling Lama Sangtawal


Tajuk : Koleksi Syiling Lama Sangtawal

Oleh : Sangtawal Sakranta


Sesekali membelek koleksi lama peribadi di masa lapang amat menarik hati. Kali ini saya menyiarkan beberapa keping duit syiling lama milik peribadi saya.Setiap benda antik yang disimpan sudah pasti mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Syiling lama milik saya ini terkumpul secara tidak sengaja, ada yang saya jumpa ketika bermain-main semasa kecil, ada yang terjumpa di dalam sungai, ada yang ditemui di kawasan rumah atau bangunan lama dan ada yang diminta secara menebalkan muka dengan kawan dan orang-orang tua! Oleh kerana saya amat menghargai barang-barang lama, maka dengan sendirinya , jadilah ia satu koleksi peribadi saya selain dari senjata-senjata lama.

Saya menyimpannya untuk koleksi peribadi saja dan tidak berniat untuk menjualnya kerana saya bukanlah penjual barangan antik.Saya amat menyayanginya kerana duit-duit syiling ini dikeluarkan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan lagi : 1907 hingga 1953 . Duit syiling yang pertama (1907) itu sudah berumur 103 tahun!

*Gambar Duit syiling pada bahagian depan.

*Gambar duit syiling pada bahagian belakang.


Gambar duit syiling pertama diambil di bahagian depan dan gambar kedua diambil pada bahagian belakang dalam kedudukan yang sama.


Sila baca dan lihat dari kiri ke kanan :

Nilai syiling : 1-1-10-5-20-10 sen

Tahun Syiling: 1907 , 1919, 1919, 1926, 1927, 1953 .

Boleh juga dibaca : 1-1907-1-1919-10-1919-5-1926-20-1927-10-1953.

Apa yang boleh dibaca? : Straits settlement ( ? sebelum 1953) , Malaya and British Borneo (1953).

Apa yang boleh dibaca dari bahagian belakang Syiling ? : King….(1907) , George V King and Emperor of India, … Queen Elizebeth The Second (1953)


Kepada peminat-peminat Syiling lama , anda boleh baca kat sini :


Artikel pilihan dipetik dari bernama :

Klik Sini:


*Gambar diambil dari Bernama

[ MELAKA, 16 Jan-2008 (Bernama) -- Tebing sungai Melaka berhampiran Kampung Morten di sini, hari ini menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari duit syiling lama yang dipercayai banyak terdapat di kawasan itu.

Mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk menggali kawasan itu menggunakan cangkul bagi mendapatkan duit syiling dipercayai yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Seorang pencari, Mohd Adnan Abdullah, 41, berjaya menemui tujuh duit syiling lama yang digunakan pedagang dari China dan Arab memandangkan ada antaranya mempunyai tulisan Cina dan Arab.

"Saya yakin terdapat banyak duit syiling lama dan barang purba lain kerana sungai ini merupakan laluan pedagang zaman dahulu," katanya kepada pemberita ketika mencari syiling lama di tebing sungai itu.

"Duit syiling yang tertera tulisan Cina mungkin dari zaman Dinasti Chin manakala syiling yang mempunyai tulisan Arab tidak diketahui asal usulnya kerana tidak terdapat sebarang tarikh," katanya.

Mohd Adnan berkata terdapat juga duit syiling yang tertera perkataan Inggeris iaitu "Liberty" dan "United States of America".

"Saya tidak akan menjual syiling lama ini, saya akan simpan untuk tatapan anak cucu saya pada masa depan," katanya.

Seorang pengumpul duit syiling lama, Zulazmi Bachik, 37, pula menemui 19 keping duit syiling lama.

"Kawasan ini memang laluan utama pedagang silam dan tidak mustahil masih terdapat barangan atau artifak yang berharga yang tersimpan dalam Sungai Melaka ini," katanya.

Kerajaan Melaka sedang melaksanakan projek pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka membabitkan kos RM320 juta supaya setanding dengan Sungai San Antonio di Amerika Syarikat yang terkenal dengan kebersihan serta keindahannya.

-- BERNAMA ]

* Untuk melihat beberapa jenis syiling lama atau syiling kuno, anda boleh membaca dan melihatnya disini ( secara mata kasarnya - nampaknya ada syiling yang betul-betul lama dan ada yang palsu kat situ!!! Hati-hati.. ) :

Klik Sini :


* Perhatian : Jika anda berminat dan ingin membelinya, saya tidak berhak melarangnya, Cuma berhati-hatilah dengan BARANGAN PALSU sebelum anda membelinya, jangan termakan fitnah dan pujukan penjaja barangan palsu atau antik ini, mereka memang banyak berkeliaran di kaki-kaki lima atau kedai-kedai kopi. Baik selidiki ianya betul-betul .

Jika dia mendakwa dia pakar mengenal barangan lama, adalah lebih elok minta bukti darinya atau bertanyalah pada orang yang arif atau orang yang kita percayai tentang keilmuannya di bidang itu! jangan sampai nantinya kita kerugian wang ringgit dan menyesal di kemudian hari!

Lagi malang bila penjual yang mendakwa dirinya pakar dan mahir itu juga turut ditipu oleh penjual lain yang tahap keilmuan nya sama atau lebih rendah dari dirinya , maka kedua orang penjual itu akan berkongsi cerita atau ilmu yang sama dan akhirnya pembeli yang tidak berhati-hati dan berfikir secara rasional akan menjadi mangsa!

Oleh itu, si penjual tersebut janganlah sedap hati sangat dengan pencapaiannya setakat ini, kerana mungkin suatu hari nanti seorang pakar atau ilmuan sebenar barangan antik atau barang purba akan tampil untuk membogelkan pembohongan mereka berdua pula!
*

* Saya hanya sekadar berkongsi minat saja kat sini! Saya juga bukan ahli penilai barangan purba atau antik bertauliah , Cuma berminat je! Jika pembaca semua sudi memberikan tips-tips untuk menilai atau menjaga barangan lama untuk dikongsikan di blog ini, anda amat dialu-alukan!!

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.


Tuesday, February 16, 2010

TSSB – Bhg 3 : Puteri Saadong



Tajuk : TSSB – Bhg 3 : Puteri Saadong

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta




Puteri Saadong adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam sejarah Kelantan. Misteri yang menyelubungi dirinya pada penghujung usia pemerintahannya menjadi satu tanda tanya kepada generasi muda.

Kisah berdarah pembunuhan Raja Abdullah oleh Puteri Saadong dengan menggunakan Penyucuk Sanggol rambut menggambarkan semangat juang yang tinggi , kehebatan dan ketangkasan Sang Puteri! Sehingga kini rakyat jelata dapat melawat dan melihat makam Raja Abdullah, namun sayang, rakyat kelantan tidak tahu dimanakah makam Puteri Saadong yang sebenar!!!



*Makam Raja Abdullah, bekas suami Puteri Saadong.


Kisah hidup Puteri yang cantik jelita ini lenyap begitu saja, seperti juga kisah hidup ibu angkatnya iaitu Cik Siti Wan Kembang!

Apa yang menjadi persoalannya ialah mereka ghaib di gunung-gunung tertentu, seakan-akan mengajak kita membongkar atau mengesan jejak-jejak mereka berkaitan dengan gunung-gunung ini.Apakah ini ada kaitan dengan Bangsa Gunung??? Atau ianya ada kaitan dengan dunia mistik yang wujud di sekeliling kita yang kita tidak sedari sekian lama.

*Bukit Marak

Dari Bukit Marak Puteri Saadong khabarnya berpindah ke Gunung Reng, dan dari Gunung Reng ke Gunung Tebu dan seterusnya bersemanyam di Gunung Ayam.

Berikut adalah satu artikel menarik oleh N.A. Halim dari Muzium Negara, artikel ini juga pernah disiarkan dalam mingguan Malaysia bertarikh 28/10/1979.

Sumber artikel : Klik Sini

Sila baca artikel beliau di bawah :


[ PUTERI SAADONG BERAKHIR DI BUKIT MARAK?

Pemerintahan Puteri Saadong dikatakan berakhir pada kira-kira menjelang kurun ke-18, di akhir-akhir pemerintahan baginda tidak langsung disebut baik mana-mana juga buku sejarah, bahkan cerita-cerita lisan dari penduduk-penduduk negeri Kelantan pun tidak didapati, puas juga saya menjelajah keseluruh negeri Kelantan, ke Kampung-kampung yang jauh di pendalaman dan pernah juga saya menjalankan kajian di bukit Marak yang dikatakan tempat akhir sekali Puteri Saadong bersemayam tidak saya temui bahan-bahan yang boleh menolong mengesan lingkaran sejarahnya yang berikut.

Dengan berakhirnya pemerintahan Raja Abdul Rahim yang menggantikan pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai dan juga pemerintahan Puteri Saadong di Bukit Marak maka muncul semula pemerintahan di Jembal, iaitu pemerintahan Sultan umar (Raja Umar), baginda ini ialah adik kepada Raja Loyor, dan pangkat bapa saudara pula kepada Puteri Saadong.

Pemerintahan baginda ini dikatakan bermula pada tahun 1675, baginda mempunyai beberapa orang putera dan puteri, putera sulung baginda bernama Raja kecil Solong yang dirajakan di Kota Teras (di Kampung Teras dekat Kampung Mentuan), seorang lagi putera baginda bernama Raja Ngah atau dipanggil juga Raja Hudang memerintah di Tebing Tinggi Pusaran Buah (Kampung Tanjung Chat), seorang puteri Sultan Umar bernama Raja Pah telah berkahwin pula dengan Tuan Besar Long Bahar seorang putera raja yang datang dari Patani (dalam negeri Thai).

Mengenai Tuan Besar Long Bahar pula menurut Ringkasan Cetera Kelantan yang ditulis oleh Datuk Paduka Raja Kelantan Nik Mahmud bin Ismail adalah putera Wan Daim ataudisebut juga Datuk Pangkalan Tua, raja dari negeri Petani yang zuriatnya berasal dari keturunan anak-anak Raja Bugis bernama Paqih Ali.

Tuan Besar Long Bahar mempunyai beberapa orang saudara iaitu Tuan Solong Kelantan, Tuan Senik Genting dan Datuk Pasir Petani. Oleh kerana terjadinya perselisihan keluarga maka Tuan Besar Long Bahar telah merantau ke Negeri Kelantan dengan membawa bersama seorang putera yang bernama Long Sulaiman, dan di Kelantan Long Besar berkahwin pula dengan Raja Pah puteri Sultan Umar, kemudian Tuan Besar Long Bahar berpindah membuka sebuah tempat yang diberi nama Kota Kubang Labu (dalam Wakaf Baru sekarang).

Dalam tahun 1721 Sultan Umar telah mangkat dan baginda inilah juga yang disebut atau digelar raja Udang yang mana makamnya terdapat masa ini didalam kawasan sawah padi kira-kira dua rantai jauhnya dari sekolah Rendah Kebangsaan Kedai Lalat, begitu juga dengan Raja Bahar kekanda baginda yang memerintah Jembal yang mangkat pada tahun 1675 yang digelar raja ekor yang makamnya terdapat sekarang ini dikampung Tok kambing, Mukim Sering dekat Kota Bharu.

Dengan kemangkatan Sultan Umar makam putera sulung baginda yang bernama Raja Kecil Solong yang sedang memerintah di Kota Teras tidak mahu mengambil alih pemerintahan di Jembal dari ayahndanya, dan dengan persetujuan baginda jugalah lalu diangkat adik iparnya iaitu Tuan Besar Long Bahar menjadi raja di Jembal, dan dengan itu Kota Kubang Labu diserahkan kepada pemerintahan putera baginda yang bernama Long Sulaiman, putera ini ialah dari isteri baginda di Patani.

Apabila pemerintahan Jembal dan juga pemerintahan di Kota Kubang Labu terserah kepada pemerintahan Tuan Besar Long Bahar dan putera baginda maka berakhirlah satu peringkat pemerintahan yang berasal dari zuriat Raja sakti yang memerintah Jembal, dan pada peringkat ini pula maka zuriat keturunan dari Tuan Besar Long Baharlah yang memerintah Jembal juga Kota Kubang Labu keturunan dari Tuan Besar Long Bahar ini jugalah asalnya raja-raja yang memerintah Negeri Kelantan hingga sekarang ini.

Dalam tahun 1977 dan seterusnya hingga tahun-tahun yang kemudian saya telah menjalankan kajian dibeberapa tempat disekitar Kedai Lalat yang letaknya kira-kira 7 batu dari bandar Kota Bharu, di kampung tersebut terletaknyamakam-makam Raja Loyor , iaitu ayahanda Puteri Saadong, menurut cerita dari penduduk-penduduk kampung sekitar yang saya dapati bahawa pada suatu ketika dulu terdapat beberapa orang siam yang datang untuk mengorek makam tersebut, kononya orang siam tersebut bermimpi bahawa didalam makam tersebut terdapat sebilah keris yang dianggap keramat atau mempunyai kuasa ghaib, begitu juga saya diberitahu pernah disuatu ketika ada orang-orang mencuri serpihan batu nisannya yang dibuat dari batu marmar, beberapa hari kemudian serpihan itu dipulangkan semula, menurut orang yang mengambil serpihan tersebut bahawa ia sering diganggu mimpi yang menakutkan.

Makam Raja Udang atau Sultan Umar mempunyai beberapa kepercayaan pula, makam ini terletak tidak jauh dari Masjid Kedai Lalat, waktu saya melawat ke makam tersebut saya dapati ada sebuah batu besar yang disebut batu hampar terletak berdekatan dengan makam tersebut, orang kampung disekitar ada yang percaya batu tersebut mempunyai kuasa-kuasa ghaib, batu tersebut sepanjang tiga kaki dan lebarnya lebih kurang dua kaki, tebalnya kira-kira enam inci (6 inci), tidak sesiapa yang berani mengambil batu tersebut walaupun pada hemah saya batu tersebut sangat baik dibuat tempat membasuh kain baju, saya percaya batu tersebut digunakan untuk membuat binaan makam, boleh jadi kerana besarnya tidak mencukupi maka lalu ditinggal begitu saja.

Saya juga telah melawat sebuah makam lagi di Kampung Tok Kambing iaitu kira-kira sebatu jauhnya dari Kedai Lalat, makam tersebut ialah dikenali sebagai makam Raja Ekor atau Raja Bahar, makam ini terdapat binaan yang dibuat dari batu pejal, sungguh menarik kerana terdapat ukiran yang terpahat, ukiran tersebut menggambarkan seekor burung (boleh jadi Burung Bangau) sangat menghairankan saya kerana biasanya perkuburan islam tidak menggambarkan benda-benda hidup saperti haiwan-haiwan.

Pahat yang berbentuk burung biasanya mempunyai pengaruh-pengaruh dari utara terutama dari Negeri China (meliputi negeri-negeri di Indo-China), adakah Raja Ekor ini seorang raja yang berasal dari Indo-China ataupun boleh jadi batu makam tersebut sengaja ditempa di Chempa (Republik Khamer) yang waktu di zaman dulu adalah pernah menjadi sebuah kerajaan yang umat islam dan pengaruh islam. Inilah satu perkara yng ahli-ahli penyelidik harus menjalankan pula satu kajian yang lebih mendalam, seelok-eloknya meninjau pula kenegri-negeri di Indo-China untuk melihat makam-makam Islam di zaman dulu yang banyak terdapat di negara tersebut, dapatlah dibuat perbandingan dengan makam-makam raja-raja Jembal yang terdapat di Kelantan terutama makam Raja Ekor yang masih menjadi mesteri.

PUTERI SAADONG BUNUH SUAMI KERANA CEMBURU.

Catitan Ibnu Batutah tentang negeri yang disebut Kilu-Kerai itu kurang jelas, baik tentang letak negeri tersebut dan juga gaya pemerintahan Raja Perempuan yang disebut Urd-uja itu, ialah satu perkara yang sangat rumit dapat dikesan oleh pakar-pakar sejarah.

Dengan keterangan yang sebegitu sedikit maka kita tidaklah boleh memberi kata putus bahawa Kilu-Kerai itulah yang sebenarnya Kuala Kerai yang terdapat di Negeri Kelantan sekarang ini, walau bagaimanapun perkara ini boleh diselesaikan jika sekiranya ada pakar-pakar sejarah yang betul-betul menjalankan penyelidikan khas mengenai perkara tersebut.

Dari beberapa keterangan yang diperolehi yakni berdasarkan dari hikayat-hikayat lama dan juga lain-lain catitan sejarah, adalah Negeri Kelantan telah wujud pemerintahan beraja yang berteraskan agama Islam pada kira-kira awal kurun ke 15, dikatakan raja yang mula-mula memerintah Kelantan yang dapat dikesan ialah Maharaja K'Umar atau disebut juga Raja K'Umar, pemerintahan baginda adalah sekitar tahun masehi 1411, tidak diketahui dimana letaknya pusat pemerintahan baginda, sesetengah ahli sejarah tempatan percaya pusat pemerintahan baginda terletak di Pulau Sabar, iaitu sebuah pulau yang terletak di tengah sungai Kelantan berhampiran dengan Kampung laut, pulau tersebut pada masa ini telah tenggelam.

Selepas pemerintahan K'Umar muncul pula pemerintahan Sultan Iskandar, pemerintahan baginda berakhir pada tahun 1465 masehi kerana dibinasakan oleh Angkatan Perang Siam (Thai), kononnya baginda dan lebih 100,000 rakyat Kelantan telah dapat ditawan dan dibawa kenegeri Siam, tidaklah diketahui tentang nasib raja tersebut adakah baginda mangkat di Siam atau juga dihantar pulang ke Kelantan.

Kira-kira pada tahun masehi 1477 sebuah angkatan perang dari Melaka yang diperintah oleh Sultan Mahmud telah datang menyerang dan mengalahkan Kelantan, Sultan Mansur iaitu Sultan Kelantan telah dapat ditawan, begitu juga ditawan ketiga-tiga puteri baginda iaitu Puteri Unang Kening, Cubak dan Cuban. Puteri Unang Kening yang paling jelita itu kemudian diperisterikan oleh Sultan Mahmud Shah, maka setelah Sultan Mansur Shah mengaku tunduk kepada pemerintahan Melaka lalu baginda diangkat semula menjadi sultan Kelantan, sejak itu negeri Kelantan dikira sebagai jajahan takluk Melaka.

Sultan mansur Shah mangkat pada kira-kira tahun masehi 1526, putera baginda yang bernama Raja Gombak telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bersemayam di Pulau sabar juga, dalam tahun 1548 Raja Gombak telah mangkat dengan tidak meningggalkan zuriat, oleh itu anak saudara baginda yang bernama Raja Ahmad telah dilantik menjadi pemerintah Kelantan, baginda bergelar Sultan Ahmad, menurut beberapa punca sejarah Sultan Ahmad ini mempunyai seorang puteri yang sangat jelita yang bernama Puteri Cik Wan Kembang, dan sewaktu Sultan Ahmad mangkat puteri ini masih kecil lagi, lalu dil;antik aeorang anak raja dari Johor yang bernama Raja Husain memangku raja dengan bergelar Sultan Husain.

Sultan Husain yang memerintah kelantan itu dikatakan mangkat pada tahun 1610, dengan itu lalu dilantik Cik wan Kembang menjadi pemerintah Kelantan. Raja perempuan Kelantan ini dikatakan berpindah dari Pulau Sabar ke sebuah tempat yang sangat jauh di pendalaman iaitu Gunung Cinta Wangsa (terletak kira-kira 27 batu ke tenggara Kuala Kerai).

GANJIL

Mengapa baginda berpindah begitu jauh dari tebing sungai Kelantan adalah satu perkara yang sungguh ganjil, biasanya pemerintahan raja-raja di zaman dahulu adalah memilih tempat-tempat yang berhampiran dengan sungai, kerana sungailah yang menjadi jalan dan perhubungan yang penting ketika itu.

Harus jugalah pada fikiran raja perempuan itu bahawa tempat tersebut lebih selamat dan tenteram dari apa juga gangguan luar, terutama sekali gangguan dari pemerintahan Siam yang dianggap kuasa yang teragung ketika itu.

Dalam jangka yang sama di zaman pemerintahan Cik Wan Kembang, atau pada pedagang-pedagang bangsa Arab disebut Cik Siti (Cik Siti wan Kembang), maka di Negeri Kelantan telah wujud sebuah lagi pemerintahan beraja yang berpusat di Jembal (Kedai lalat sekarang iaitu kira-kira 6 batu dari bandar Kota Bharu). raja yang memerintah disitu bernama Raja Loyor putera Raja Sakti yang berasal dari Kedah.

Ada sesetengah ahli sejarah tempatan berpendapat yang Raja Loyor berkahwin dengan Namng Cayang yang dikatakan seoarang raja perempuan Pattani yang melarikan diri ke Kelantan, dari perkahwinan itu mereka beroleh seorang puteri yang diberi nama Puteri Saadong, Puteri Saadong inilah yang kemudiannya diambil oleh Cik Siti Wan Kembang menjadi anak angkatnya, kerana baginda sendiri tidak mempunyai anak. Puteri Saadong pula berkahwin dengan sepupunya yang bernama Raja Abdullah, kemudian Raja Abdullah telah dilantik menjadi raja di tempat yang bernama Cetak (dalam Jajahan Pasir Mas). Tidak lama di situ Raja Abdullah berpindah pula bersemayam di Kota Mahligai (dalam Daerah Melor sekarang).

Setelah Raja Abdullah dan Puteri Saadong berkerajaan di Kota Mahligai, maka Cik Siti Wan Kembang pun balik semula bersemayam di Gunung Ayam, setelah itu tidak lagi didapati cerita tentang Cik Siti Wan Kembang adakah baginda berpindah ke tempat lain atau mangkat di tempat tersebut.

Memanglah satu perkara yang sukar untuk mengesan tentang kedudukan tempat semayam Cik Siti Wan Kembang yang sebenarnya, kerana di negeri Kelantan terdapat dua buah gunung yang bernama Gunung Ayam, sebuah terletak kira-kira 17 batu ke barat Gua Musang, gunung tersebut setinggi 2,945 kaki, terletak pula terlalu jauh dirimba yang sangat sukar dijalankan penyelidikan, sebuah lagi Gunung Ayam terletak dekat dengan sempadan negeri Terengganu iaitu kira-kira 15 batu ke timur laut Kuala Kerai, gunung tersebut setinggi 2,674 kaki, terletaknya pula jauh jauh ke dalam rimba. Gunung Ayam yang mana satu menjadi tempat dan pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang.

Waktu saya melawat makam Tuan Tabal atau nama batang tubuhnya Tuan haji Abdul samad bin Muhammad, seorang tokoh pengembang agama Islam yang terkenal di negeri Kelantan, yang meninggal dunia pada tahun 1891 dan dan dimakamkan di perkuburan Banggul, jalan ke Pantai Cahaya Bulan (Pantai Cinta Berahi), saya juga telah diberitahu oleh Encik Nik Abdul Rahman bin Nik Dir yang memandu saya ke makam tersebut bahawa tidak berapa jauh dari makam Tuan Tabal itu terdapat sebuah makam lama yang sangat cantik dibina dari batu pejal serta berukir pula, makam tersebut orang-orang Banggul menyebut Makam Cik Siti, saya juga telah makam tersebut, kesimpulannya dari kajian saya tidak syak lagi makam tersebut adalah sebuah makam lama dari seorang perempuan yang dari keturunan raja-raja atau orang-orang besar juga, dan seni ukir pada binaan makamnya menggambarkan seni ukir yang hampir persamaannya dengan makam-makam di jembal dan juga makam-makam di permakaman DiRaja Langgar, adakah ini yang sebenarnya makam Cik Siti Wan Kembang adalah satu perkara yang sangat menarik dan perlu dibuat kajian yang lebih teliti.

NISAN

Berdasarkan tanah perkuburan Banggul saya yakin adalah satu tanah perkuburan yang sangat lama, mungkin tanah perkuburan tersebut telah digunakan beratus-ratus tahun lampau, di perkuburan Banggul itu juga akan memperlihatkan kepada kita berbagai-bagai jenis bentuk batu nisan yang ganjil-ganjil serta ada pula yang berukir dan bertulis ayat-ayat Quiran yang sangat cantik dan menarik.

Dengan berakhirnya pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang tidak dapat dikesan di akhir pemerintahannya, maka muncullah pemerintahan Raja Abdullah di Kota Mahligai.

Pemerintahan Raja Abdullah berakhir pada tahun 1671 iaitu apabila baginda mangkat dibunuh oleh isterinya Puteri Saadong, lalu Puteri Saadong melantik pula Raja Rahim anak Raja Abdullah merajai Kota Mahligai. Tidak lama setelah Raja Rahim memerintah baginda kemudian dibunuh pula oleh rakyatnya di tepi tasik Lelayang Mandi. Dengan kemangkatan Raja Rahim maka berakhirlah pemerintahan beraja di Kota Mahligai.

Konon menurut cerita Puteri Saadong telah lama ditawan dan di bawa ke Siam (Thailand) iaitu ketika tentera-tentera Siam datang melanggar Kelantan waktu mereka mula-mula berkahwin dan bersemayam di Kota Mahligai, selepas beberapa tahun Puteri Saadong di Siam, baginda di hantar balik ke Kelantan. Alangkah terkejutnya Puteri Saadong bila mendapati yang suaminya Raja Abdullah telah berkahwin lain, maka dari punca itulh berlakunya pertengkaran dan berakhir kemangkatan Raja Abdullah dengan tikaman pacak sanggul isterinya.

Sumber:
Oleh : N A Halim (Muzium Negara)
Petikan : Mingguan Malaysia 28hb.Okt.1979... ]

Selamat membaca !

Sangtawal Sakranta


Thursday, February 11, 2010

TSSB- Bhg 2 : Misteri Kijang Paduka Cik Siti - Seharum Kasturi



Tajuk : TSSB- Bhg 2 : Misteri Kijang Paduka Cik Siti - Seharum Kasturi.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.



Mari hayati sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Bazzar yang bermaksud :

“Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi

Satu hadis lain yang diriwayatkan oleh imam Muslim ialah, Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud :

“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi


Kata Kunci :
Bukankah Haruman itu makanan bagi Ruh???


Ketika awal berjinak-jinak dengan sejarah negeri Kelantan dan Cik Siti Wan Kembang, saya beranggapan bahawa cerita tentang Puteri Lagenda ini adalah berbentuk cerita rakyat atau pada tahap penglipur lara saja sehinggalah pada suatu hari saya bertanyakan hal ini kepada salah seorang arwah guru saya, lalu dia memberikan satu jawapan yang belum pernah saya dengar atau baca sebelum ini iaitu berkaitan dengan siapa Cik Siti Wan Kembang yang sebenar dan apakah kaitan mistik antara beliau dengan kijang kesayangannya itu!

Sebelum artikel ini pergi lebih jauh, saya ingatkan para pembaca sekalian bahawa artikel ini adalah pandangan peribadi saya dari pendapat arwah guru dan saya tidak memaksa anda sekalian untuk mempercayainya seratus peratus.Jika tidak bersetuju pun saya tak kisah, terpulanglah kepada anda, ini adalah pandangan peribadi saya.

Pendapat pertama arwah guru ialah : Cik Siti Wan Kembang adalah seorang wali Allah.
Saya amat terkejut bila mendengarkannya.Lalu arwah guru menyambung lagi mengapa dia memilih Gunung Chintawangsa sebagai pusat pemerintahannya? Sedangkan ia berada jauh dan terpencil berdekatan dengan Sungai Nenggiri Hulu kelantan , ia berhampiran dengan Gunung Ayam , Taman Rusa,Gua Musang, Gua Cha , Gua ikan, Taman Negara Kuala Koh. Arwah guru kata , sebenarnya di situ , disekitar Gunung ChintaWangsa , ada sebuah Tamadun Kota Metropolitan yang hebat, yang sudah hilang dan tenggelam ribuan tahun silam! Asal usul sebenar Cik Siti Wan Kembang adalah dari Kerajaan Kota yang tenggelam itulah, sambung arwah guru lagi.Itu sebabnya dia tidak berkahwin dengan orang biasa dan ghaib begitu saja!

Baca TSSB- Bhg 1, anda jumpa dengan perenggan ini:

[Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.]

Lihatlah jurai waris kerajaan Kelantan lama ini, dari manakah asal Raja Ahmad itu saudara? Dia hanyalah anak angkat yang ditabal menjadi Sultan Ahmad.Banyak sejarah Kelantan yang say abaca, tetapi asal usul Sultan Ahmad ini masih kabur, jadi adakah dia adalah berketurunan dari Kerajaan Kota Purba yang tenggelam disekitar Gunung ChintaWangsa itu ? atau isterinya Cik Banun Puteri Seri NaraDiraja ??? maafkan saya jika saya katakan keturunan Raja Jembal sekarang bukan keturunan asal Raja Langkasuka!!!

Bila Hutan Pahang telah diiktiraf dunia sebagai Hutan warisan tertua di dunia, maka saya semakin yakin bahawa di kawasan sekitar Gunung ChintaWangsa atau nama gunung tersebut sebelum itu ialah Gunung Dang Besar itu pernah wujud satu Kerajaan Purba dan sebuah kota lama yang dicari-cari oleh setiap paranormal dan peminat alam mistik! Iaitu Kota Gelanggi! Lagipun mengikut sejarah Mat Kilau, beliau dan ayahnya Imam Rasu atau Tok gajah pernah bertapa di Gua Gelanggi dan Mat Kilau telah berjaya bersahabat dengan seorang Jin Islam yang selalu membantunya.Jadi , secar peribadinya saya lebih meyakini Kota gelanggi itu berada di negeri Pahang berbanding dengan negeri Johor.

Satu lagi fakta ialah, di Hutan Pahang memang terdapat banyak simpanan bijih emas.Faktor emas inilah yang menyebabkan Inggeris begitu minat untuk menjajah Pahang! Di Kelantan juga terdapat banyak emas seperti ditempat yang baru diterokai iaitu sekitar Gunung Stong dan yang terkini, banyak pendulang-pendulang emas haram secara senyap-senyap memperolehi 1-2 kg emas di kawasan SOKOR Kelantan, tak percaya??? Sila datang sendiri dan jangan terkejut jika di kawasan hutan belukar terpencil itu anda akan menemui kenderaan-kenderaan pacuan empat roda yang mahal-mahal sedang ditinggalkan ditepi semak dan tuannya pula yang terdiri dari tauke-tauke emas sedang mendulang bijih emas!

Pendapat kedua arwah guru saya, amat sukar untuk ditolak kerana dia meninggalkan saya dengan satu soalan dan cadangan misteri iaitu, “Ramai yang tahu Cik Siti Wan Kembang mempunyai seekor kijang dan baginda amat menyanyanginya, TETAPI ramai yang tidak tahu apakah misteri atau mistik yang menyelubungi jasad seekor kijang itu, oleh itu kamu carilah sendiri”

Saya pun mula lah membelek hikayat dan buku-buku lama mencari cerita berkaitan dengan Kijang (Antelope) ini, namun apa yang saya jumpa adalah merupakan katakunci-katakunci yang akan membawa kita ke satu dimensi baru sejarah Cik Siti Wan Kembang ini. Mari kita buka misteri ini dan kita bincang sama-sama.

Dalam artikel TSSB-Bhg 1, ada perenggan berbunyi :

[Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Ayam ( berhampiran Sungai Nenggiri, kini Hulu Kelantan), membawa pelbagai persembahan untuk beliau.

Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.]

Nah, nyata sekali bahawa anak kijang itu adalah hadiah dari penduduk di Gunung Ayam!!! Lihat semula peta dibawah dan cuba fikir semula.


Bukankah dalam peta itu jelas menunjukkan bahawa Gunung Ayam adalah berhampiran dengan Taman Rusa, haiwan jenis rusa adalah dalam kelas Kijang juga dan biasanya tempat yang banyak Kijang, selalunya ada juga rusa!

Lihat jenis-jenis Kijang dalam link di bawah : Klik Sini

Mengapa Cik Siti Wan kembang sangat menyanyangi kijang???



Sila lihat kepada bentuk tanduk kijang yang sedang berlaga diatas pada saat ke-52 hingga ke-58!!! Rasa-rasanya bentuk apa tu??? ada kaitan dengan senjata mistik Bangsa Jawi!!!

Dari Kijang ini , akan membawa kita kepada satu kata kunci yang berkait rapat dengan alam mistik dan spiritual peringkat tinggi iaitu :

KASTURI !!!!

Pernahkah anda dengar ayat ; seharum kasturi???

Ada juga riwayat menyatakan bau asli peluh atau badan Rasulullah adalah seperti bau kasturi dan ada pula berpendapat harum seperti pati bunga Ros, apa pun bagi saya antara kasturi dan Ros, ia akan membawa kita kepada satu dunia spiritual yang menakjubkan!

Jadi, apakah bunga-bunga atau kemenyan atau herba ratus lain yang boleh menandingi kehebatan bau kasturi ini saudara??? Fikir-fikirkan sendiri!



Jadi bangsa manakah yang suka berdampingan dengan sumber asli haruman kasturi ini di tanah yang dijanjikan?

Sila baca petikan dari akhbar Kosmo ini saudara tentang Kijang dan haruman Kasturi!

Anugerah Kijang Jantan : Klik Sini

[ Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.

BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.

Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.

Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini?

Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi



Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.

"Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya," ujar peniaga Tarmizi Yusuff, 35, yang ditemui di bazar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.

"Bukan tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis tikus yang besar saiznya," terangnya segera tatkala melihat penulis mengerutkan dahi membayangkan haruman dikaitkan dengan makhluk yang gemar habitat kotor itu.

Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). .

Mula menjual kasturi di gerainya sejak tahun 2005, Tarmizi memberitahu dia mendapat bekalan dari seorang rakan niaga dari Nepal. Sebiji 'kantung' kasturi tersebut yang saiznya lebih kurang sebiji bola pingpong dijual pada harga RM30.

"Ada juga kasturi yang berangkai dan harganya antara RM500 hingga RM1,000, bergantung pada bilangan kasturi yang bersambung bersama.

"Pembeli kasturi ini terdiri daripada golongan mereka yang turut berniaga barangan yang berkaitan dengan minyak wangi. Ada juga yang membeli sekadar minat mengumpul atau menganggapnya sebagai perhiasan.

"Lebih istimewa apabila ada pelanggan warga Bangladesh dan Pakistan yang membelinya untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan," katanya.

Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak dan meredakan kesakitan.

Oleh kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui, saintis Cina beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.

Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.

Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema, demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih dijalankan tentang dakwaan tersebut.

"Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi. Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India, terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya," kata Tarmizi.

"Ada yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang. Kalau hendak mengulas lebih mendalam tentang itu, saya kurang arif," ujarnya.

Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.

Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.

"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.
"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Noh.

Bagi peniaga minyak wangi dan kasturi seperti Tarmizi, dia mengakui ada juga di kalangan pengunjung gerainya yang tidak mempercayai itulah rupa kasturi yang sebenar.
Menyingkap pengalamannya berniaga, kasturi jualannya itu paling kerap dipertikai oleh warga Pakistan yang mengatakan bahawa agak mustahil bagi orang biasa memiliki kasturi dengan mudah, apatah lagi dijual di pasar atau kaki lima.

"Mereka pelik melihat kasturi dijual dengan harga semurah ini di Malaysia.
Kata mereka, kasturi jarang sekali dimiliki oleh orang di jalanan.

"Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai harga ratusan ringgit," katanya. ]


Antara lain khasiat Haruman Kasturi yang dipetik dari sumber ini, Klik sini


[Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh:
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8) Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).
sumber: Madrasah Darul Atiq ]

Oleh itu tidak hairanlah jika masyarakat Mesir purba pun suka memelihara dan memburu kijang ini saudara, dan berkemungkinan besar para Firaun juga amat menggemari bau haruman Kasturi dari kijang ini, mungkin itu sebabnya juga Firaun itu tidak pernah sakit walaupun demam selsema , dia juga awet muda dan berumur panjang !!! :



Lukisan Kijang di mesir purba : Klik Sini


Bagaimana pula mistik kijang ini dalam ajaran Hindu dan Yoga peringkat tinggi pula???


Klik Sini :

[ In ancient Tantric texts, an exquisite galloping antelope adorns the mandala of the Anahata chakra. It is said that this shy, fleeting and graceful animal symbolizes spiritual experiences that move quickly, vanishing before the eye can grasp them. At this level of consciousness, one is motivated by compassion, empathy and devotion to goals that go beyond self-aggrandizement.

The Antelope or Gazelle represents a transformation of the original power. Shy, slippery and very light-footed, it also bears resemblance to the ram, though it is neither sacrificial (which the ram is) nor as domesticated. A non-aggressive beast, the antelope seems light as air, moving with great leaps and barely touching the earth. Some African gazelles can even jump six to ten meters, like they have wings -- an animal of the earth but seemingly released from gravity.

Antelopes perfectly symbolize the power and lightness of the psychic substance: thought and feeling. In addition, they bear striking similarities to the unicorn, a symbol of the Holy Spirit.]

Banyak kitab-kitab lama yang menceritakan akan kelebihan Kijang ini, selain dari haruman kasturi yang dihasilkan olehnya, kulitnya banyak digunakan oleh pengamal ilmu perubatan tradisional dan paranormal untuk ditulis azimat atau wafak/rajah yang mempunyai daya tarikan spiritual yang tinggi!

Cuba fikirkan sejenak mengapa Cik Siti Wang Kembang mengarahkan agar duit dizaman itu dicop dengan gambar kijang??? Dan agak memeranjatkan saya bila mendapati pada setiap wang kertas kita pada bahagian belakang sebelah atas kiri, dibawah nombor siri duit itu ada gambar seekor Kijang??? Apakah gambar Kijang ini dipilih oleh Bank Negara secara suka-suka???

Jika ia sengaja, kuasa mistik manakah yang mempengaruhi tangan-tangan melayu di Bank Negara untuk mencetak dan mengekalkan gambar Kijang ini??? Inilah RAHSIA MISTIK TERBESAR yang akan mengalahkan Dollar Amerika dan banyak lagi wang –wang kertas lain di akhir zaman !!! dan sudah pasti Nilai Ringgit atau wang kita akan dikekalkan menggunakan nilai emas selepas ini di bumi Semenanjung Emas selepas ini! Mungkinkah dengan Dinar emas??? Dengan kekuasaan baru ekonomi dunia oleh Bangsa Jawi pula!!!

Sama-sama kita nantikan! Sila rujuk artikel lama saya : Zionis dan emas Bhg 1 : Klik Sini :


Setiap diri anda juga membawa kehulu dan ke hilir gambar kijang yang mempunyai tarikan kuasa spiritual yang tinggi ini!!! Tak percaya??? Ambil dompet anda dan keluarkan sehelai wang anda, tengok gambar kijang tersebut!!! Silakan!

Seorang penyair iraq berbahasa arab iaitu Abdul Wahab Al-Bayati (1926) telah menulis puisi-puisinya dengan memasukkan unsur Kijang ini, contohnya :

Klik Sini :

[Dalam puisinya yang lain berjudul Ain al-Syams (eye of the sun), Al- Bayati mengungkapkan hubungan percintaan antara Ibn Al-Arabi (1156-1240M) dengan kekasihnya Al-Nizam.

Al-Bayati menulis puisi tersebut dengan menggunakan tehnik simbolisme, yaitu simbol sufistik, seperti kijang yang disimbolkan sebagai rahasia Tuhan dan cahaya merupakan simbol Tuhan. Sedangkan puisinya sebagai berikut.

Tuan, perindu, budak
Cahaya, awan
Qutb dan murid
Dan pemilik keagungan
Berkata kepadaku menunjukkanku setelah kijang menyingkapkanku
Tapi aku mengejarnya lari di bawah cahaya di kota-kota dalam
Orang asing memburunya, dia di tanah lapang kota yang hilang
Menjadikan kulitnya rebab dan senar kecapi,

-----,,,,,
Al-Bayati menggambarkan mabuk cintanya tidak langsung ditujukan
kepada Tuhan, akan tetapi melalui simbol perempuan yang bernama Aisyah.
Sesuai tehnik perpuisiannya, Aisyah adalah ilustrasi pahlawan, gambaran
cinta, dan dia selalu hadir di dalam puisi-puisinya.

Sisi sufistik, simbol perempuan memiliki tempat khusus, dia menjadi
subjek, sekaligus objek kerinduan. Perempuan adalah subjek yang merindu
terus-menerus mencari jalan yang menuntunnya kepada sang kekasih,
Tuhan, meskipun di tengah jalan muncul berbagai ujian dan gangguan. Pada
saat yang sama menjadi objek kerinduan maskulin yang tertinggi dan mulia,
perempuan menjadi personifikasi Tuhan yang meliputi ciri-ciri maskulinitas
dan feminitas dalam dirinya sendiri.

Di dalam penggambarannya, Aisyah datang ketika prosesi spiritual
telah mencapai tingkatan cinta, seperti baitnya:

Menggadaikan kesucian
bajunya utuk anggur,
menangis gila untuk cinta,
Aisyah bangkit dari bawah rerumputan liar,
batu-batu hitam,
kijang kuning emas berlari,
sedang aku mengikutinya dalam keadaan gila.

Bait lain juga menggambarkan
keberadaannya yang sangat berarti,

Aku tidak menelanjangi lukaku dalam keadaan mabuk,
jika aku tidak kehilangan Aisyah di warung tujuan.

Simbol warung (han atau tavern) menggambarkan hati seorang sufi yang sempurna,
yaitu seorang yang telah merealisasikan kesatuan Tuhan dengan rumah sufi.
Yang dimaksud warung adalah alam Tuhan (alam lahut) ]

Kulit Kijang juga digunakan untuk tujuan dibuat azimat oleh pengamal perubatan tradisional.Di bawah ini saya siarkan satu artikel menarik tentang rajah dengan kulit Kijang, namun, saya bukan menggalakkan anda semua untuk mempercayai azimat atau tangkal sehingga mensyirikkan Allah swt pula! , Cuma ingin berkongsi pengetahuan berkaitan dengan penggunaan kulit kijang dalam masyarakat kita saja.

Klik Sini :

[ RAJAH KULIT KIJANG

Kijang adalah termasuk jenis hewan yang mampu berlari dengan kecepatan tinggi, dan ia memiliki keunikan di mata para spritualis sebagai salah satu hewan yang berkemampuan berlari. Kijang dalam bahasa jawa disebut dgn kidang. Ada pun jenis dari berbagai kijang yang ada, tak semuanya memiliki keunikan.

Kijang Wulung atau dalam bahasa jawa " kidang wulung ". Seberapa jauhkah keunikan dari kidang wulung ini, maka dapat dilihat dari bentuk dan warna kulitnya.

Kidang wulung merupakan kijang yang memiliki kulit berwarna coklat kehitam-hitaman. Konon kijang ini hidup di daratan Pulau Jawa sbg salah satu hewan yang kurang disukai oleh teman2nya sesama kijang meski satu ras.

Warna kulitnya yang lain, meski masih satu ras ini adalah akibat dari kekuasaan kijang tersebut yang memang lebih unggul jika dibandingkan dgn teman2nya. Tetapi warna kulitnya yang lain ini memang sudah terjadi sejak kijang itu lahir. Kijang yang terlahir dengan warna kulit demikian, maka kijang tsb memiliki keunikan jika dibandingkan dengan kijang yang lain.

Keunikan dari kijang ini adalah ia memiliki racun yang sangat kuat pada tanduknya. Jika kijang ini mati, maka tanah yang ada disekitarnya bangkai kijang ini tercemar oleh racun tsb, dan tidak dapat ditumbuhi oleh tanaman dalam jangka waktu yang cukup lama.

Racun yang berasal dari tanduk ini biasanya digunakan oleh para spiritualis yang memiliki sifat jahat sebagai media teluh, santet dan meracuni orang yang dikendakinya.

Kulitnya sering digunakan sebagai media penulisan rajah. Rajah yang ditulis pada kulit kijang ini dipercaya memiliki kekuatan yang terbaik di antara kulit kijang lainnya karena kijang ini memiliki kelangkaan dan biasanya kijang ini merupakan pemimpin dari sekumpulan kijang.

Dari benda2 diatas, tujuan untuk media pelarisan memang sering menjadi tujuan utama, namun ada sebagian masyarakat menjadikan benda2 tersebut sebagai alat untuk menjaga sebagian kekayaannya dari gangguan baik yang berasal dari manusia maupun bangsa jin]



Nantikan siri TSSB seterusnya…

Puteri Saadong.

Tanah Dewa

Tanah Serendah, Negeri Dibawah Angin

Bumi Angin……

Misteri Sang Naga…



Selamat membaca!


Wassalam.

Sangtawal Sakranta.




Artikel pilihan :

Tajuk : Antelope Totem Spirit and Medicine

Oleh : Patricia Jean Martin

Sumber : Klik Sini

[ As totem spirit animals, all horned or antlered animals have a strong connection to the qualities related to the Brow (or Third Eye) and the Crown Chakras. Those related to the Brow/Third Eye indicate intuition, insight and meditation, which clear the subconscious to open the Chakra to knowledge and intellect. Those related to the Crown are to do with the Higher Self, Spirit and spiritual connection to the Divine, other ethereal matters and wisdom.

The antelope has horns similar in some respects to the antlers of deer, however the horns of the antelope are permanent unlike the annually shed antlers of deer. This suggests that those with antelope as their Totem are most often focused on knowledge and wisdom and are incessantly seeking to connect it to their spiritual examinations. The antelope will ask even further that you use your mental prowess in additional endeavours, and will ensure that your quick-witted and keen mental agility will serve you well in all you do.

Seeing any antelope in a totem capacity (be it as a Life Totem or merely a Messenger Totem) may suggest that you will soon be engaged in increased mental activity, or it is an acknowledgement that you already have been and will continue to be engaged in such, but in an even more pronounced and worthy way. It is also an indication that your own psychic ability is about to increase in size and scope, and that you will be guided on how to use it in the most benevolent way. If ever stuck for an answer or for even a new way of looking at things, calling on antelope will provide the insight, knowledge and ideas needed to start drawing on that blank page before you.

The antelope can live almost anywhere, and is found in various environments. They have a very thick hide - thicker than most - and it is used in a protective capacity in order to be able to endure these different environments. Those with antelope as a totem may find that they need to develop a thicker skin of their own, meaning to become less emotionally sensitive and more secure in their knowledge of self-worth, something which precludes being able to deal well with adversity of any kind. Or, it may indicate that you already have a thick skin and can withstand much more than other more sensitive types, and like water rolling off a duck’s back, not too much will be able to penetrate and bother you. It is very common for one who is very emotional or very empathic to have antelope show up to deliver these messages and more.

This thicker hide acts like an insulator. Being insulated, you are better able to venture outside and come out of hiding. Once out in the open, antelope can teach you how to communicate with the great wit and wisdom that you already possess. All antelopes are fast - adults are able to run up to 70 mph or more, and baby fawns can even run up to 25 mph within the first day of life! This signifies the quick-wittedness and intelligence already there and just waiting to burst out in communication with others. There will also be an increase in curiosity...questions, questions, questions... all meant for further gaining of knowledge that will lead to wisdom. Those with an antelope totem are prone to have very active imaginations.

Antelopes have large eyes. Their eyesight is excellent (8 times that of a human’s) and they possess a wide range of vision. When antelope comes into your life, you will be pushed to widen your own range of vision. With large eyes (also a signal that clairvoyance will be increased), you may find your mind and imagination will be in over-drive, constantly seeking out and enjoying greater and greater thoughts and ideas. The antelope uses this wider range of vision for both greater insight into what is going on around them, and for a greater ability to protect themselves. If danger arises, an antelope will raise the white patch of fur on its rump end as a signal to others that something is amiss. This shows another side of their survival instincts and capacity to protect themselves and those around them. Those with antelope totem will be both loyal and protective with their family and friends.

Being able to see with their keen eyesight that small white flash on the rump of another antelope far in the distance, symbolizes a heightened development of psychic and intuitive prowess in those who harken to antelope’s call. Your senses are known to be sharp already, but will be further awakened. Learning to use this inherent sense of prediction will increase your chances to live a “charmed life”. It also helps you in disarming your opponents and outwitting them at every turn. Antelope medicine teaches action based on knowledge. Protect yourself though from the arrogance that may accompany such broad based knowledge, and you will have learned a valuable lesson from the spirit of this swift and sure-footed animal.

The sense of smell is strong for the antelope, and so may yours become stronger. Aromatherapy should be studied and utilized, especially the scent of musk. Along with your increased psychic awareness, this greater sense of smell will allow you to more readily pick up on the fragrances of spiritual entities, or on anyone around you actually. It’s not unusual for those working with antelope to suddenly smell strange fragrances in the air around them. In another sense, this strong sense of smell symbolizes the antelope’s ability to teach you how to more readily discern the differences between things which “smell right” and would thus be advantageous to you, and things that “don’t smell right”, thus warranting a more careful approach. In either event, antelope will teach you how to make wise decisions and how best to act on them.

Spring is the most fruitful season for the antelope. Females usually give birth at this time (sometimes to twins) and will deliver them in different areas. This can be a prediction of two separate and different activities or opportunities that will present themselves to you during springtime. It doesn’t have to necessarily take place in spring though, as it may depend on when the antelope first arrived as your totem. Whenever they do arrive, always be on the lookout for a dual interest or activity to show up in your life. The activities may be connected in some way, but are uniquely their own in essence. Good fortune may come from them if pursued wisely. And sometimes they are just two back-to-back strokes of good luck. Giving birth and consciously deciding to deliver their infants in different areas is also an indication of the cunning protectiveness of antelope, along with reminding us to not put all our eggs in one basket. It is best to diversify for the protection of one's assets or for the birth of one's newly-formed ideas.

Antelopes can go for a very long time...sometimes years or even a lifetime...without drinking water. Their digestive systems allow them to get all the water they need through the plants, shrubs and sagebrush that they feed on. In this, Antelope can teach you how to exist and prosper in any environment, wherever you may be. They teach you how to adapt in even the most stringent or inhabitable places. Antelope medicine will show you how to find greater love and an abundance of life in most anything you encounter. ]


Monday, February 08, 2010

TSSB - Bhg 1 : Cik Siti Wan Kembang



Tajuk : Tanah Serendah Sekebun Bunga(TSSB) : Bhg 1 : Cik Siti Wan Kembang

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Saya mulakan artikel ini dengan satu puisi yang ditulis oleh Dr Zulkifli Bin Hj Mohamad yang dijadikan Lirik Pembuka Panggung Untuk Teater Tari Tanah Serendah Sekebun Bunga arahannya:

Klik Sini :


Tanah Serendah Sekebun Bunga
Lapang luas tulangnya bergunung
Pinggirnya Laut Andaman dan China Selatan
Langkasuka negri Anak Raja Naga
Kerajaan Melayu lama yang agung
Hilang tanda luput cerita dari ingatan

Lembah Emas yang tiada sempadan
Ligor di utara Singgahpura di selatan
Langkawi di barat Tioman di Timur
Tanah Merah tempat Raja bersemayam
Jauh di ulu sungai nun di daratan
Bertembokkan gunung agar makmur

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negri perumpama lagenda Melayu
Zaman berzaman terus dipuja
Asalnya taman kesukaan baginda
Raja Putri Mas Chayam dirgahayu
Bergelar Che Siti yang pertama

Raja pemerintah abad ke tujuh
Raja perempuan disegani semua
Pedagang Parsi ke Maharaja China
Kaya emas bersaing Raja Sri Wijaya
Bergabung bergelar Sri Wijaya Mala
Berkhabar sampai telinga Sri Mahraja

Che Siti Mas Chayam punya cerita
Bersemayam di Gunung Cinta Wangsa
Abad yang lama ampunya sejarahnya
Che Siti unggul lambang putri raja
Keturunan Kerajaan Funan di Kemboja
Sebelum Champa sebelum Chenla

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Cerita ceriti rampai Melayu Lama
Berakar umbi dalam titih silah
Raja berjalan ke pelusuk Negara
Supaya negeri adil saksama
Rakyat jelata bersatu tak berpisah

Dalam igau mimpi Sang Rajuna
Bertemu Puteri Zubaidah Champa
Bersama Ratu Laut Selatan dari Jawa
Mengkhabarkan negeri dalam bahaya
Langkasuka dan Sekebun Bunga
Diserang musuh ditimpa bencana

Terbakar hangus kota dan desa
Gelimpang tubuh bertakung darah
Menjadi jarak padang tekukur
Diserang musuh garang dari utara
Ditakuk ditetak pahlawan gagah
Angkatan Langkasuka bergalah ber undur

Langit gelap ribut puting beliung
Sungai bergelombng tebing rapuh terjunam
Bencana kedua menimpa Negara
Tak kira musuh selamat tak seorang
Di telan beliung kota terbenam
Tenggelam hanyut hilang ke muara

Itulah kisah Hikayat Langkasuka
Yang hilang negerinya entah kemana
Menjadi kota terbenam di tasik
Tempat bersemadi si naga-naga
Itulah cerita yang jadi lagenda
Dilagu dinyanyi menjadi asyik

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Bencana mimpi menjadi nyata
Igauan Sang Rajuna yang setia
Kalau sudah bagai dikata
Tiada upaya usaha sang raja
Takdir Illahi kitalah yang terima

Zulkifli bin-haji Mohamad, KL, 2003


Intro bagi siri TSSB :

Artikel dipetik dari : Klik Sini


[ Kerajaan Bumi Merah

Di dalam sejarah China, Suishu ada menyebutkan tentang negeri yang bernama Chih Tu atau “Red Earth”(Bumi Merah) yang merujuk kepada negeri Kelantan. Pensejarah China pada tahun 607 masehi itu memerikan yang Chih Tu berada di sebuah lokasi di ulu Sungai Kelantan yang menghubungkannya dengan penghasilan emas di Ulu Kelantan dan Ulu Pahang.

Chih Tu pernah mempunyai hubungan perdagangan dan diplomatik dengan negara China. Kawasan tengah Langkasuka ini hilang kepentingannya apablia Kiu Li (Kuantan) di selatan Langkasuka menjadi penting kerana hubungannya dengan Sungai Pahang.

Keberadaan Kelantan di dalam kerajaan Langkasuka pula sukar untuk dipisahkan kerana posisi hubungannya dengan Pattani, di mana Pattani bukan hanya berdiri sebagai ibukota dan pelabuhan Langkasuka tetapi sekaligus sebuah negeri besar yang mempunyai lingua-franka yang sama dengan Kelantan, serta hubungan kekeluargaan di kalangan para pemerintahnya.

Langkasuka juga dikatakan sebagai sebuah negeri yang bersujud kepada kekuatan kerajaan Funan, terletak di antara Cambodia dan Vietnam, di utara Teluk Siam sekitar abad pertama. Chih Tu, Pattani dan Kallah(Kedah) di dalam Langkasuka mempunyai fungsi yang tersendiri di dalam pemerintahan dan perdagangan yang berpandukan musim dan arah angin itu sehingga menarik perhatian kerajaan-kerajaan besar Asia Tenggara termasuk Sri Wijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera dan Chaiya, Siam, Majapahit di Jawa Timur serta Kesultanan Melaka sendiri.

Kerajaan Bumi Merah juga mempunyai sejarah pendudukan awal di rantau ini dan Gua Cha di daerah Gua Musang, Kelantan adalah termasuk di dalam tapak penemuan pendudukan awal budaya Hoabinhian di utara Semenanjung Tanah Melayu, juga termasuk dalam himpunan tapak-tapak di Vietnam, Thailand, Myanmar dan Utara Sumatera, 13,000 tahun yang lalu.

Tapak penemuan tersebut adalah meliputi lindungan batu kapur yang paling penting sekitar Malaysia. Dalam zaman Neolithik, iaitu 2000 sebelum masehi pula timbul artifak dan seramik di Gua Cha dan Gua Musang yang mempunyai kesan gabungan masyarakat Mon dari barat utara dan Khmer dari timur utara Siam (Thailand dibentuk pada tahun 1934) yang menghasilkan budaya Ban Kao Khok Phnom Di di tengah-tengah negara Thailand sekarang ini. Mungkin ini terjadi hasil daripada penghijrahan pertanian kaum austro-asiatik dan pelayaran kaum austronesian. Kerana itulah adanya lakaran lukisan perahu di dalam gua-gua yang menghubungkan pelayaran dan penghijrahan dalam kehidupan mereka.

Di dalam “Hikayat Kelantan” pula, sejarah negeri ini memerikan cerita-cerita perpindahan dan perebutan kuasa di kalangan anak-anak raja Kelantan yang menjadi Sultan Pattani serta sebaliknya. Bumi Kelantan yang sentiasa bergolak ini tidak lekang dari perang, termasuk perang saudara sekitar tahun 1890-1900. Sultan Pattani yang terakhir, Sultan Abdul Kadir telah melarikan diri mencari perlindungan daripada bapa mertuanya, Sultan Kelantan dengan pihak British sewaktu baginda diburu oleh Raja Siam dalam pemberontakan pemisahan Pattani dan wilayah-wilayah Selatan Siam dari negeri-negeri Melayu Semenanjung pada tahun 1909. Pendekatan angin perubahan sentiasa bertiup di negeri pantai timur yang penuh dengan sejarah tradisi dan budaya ini.

Rakyat negeri Kelantan pula begitu berbangga dengan gelaran Negeri Cik Siti Wan Kembang kerana zaman kegemilangan pemerintahan baginda yang begitu memartabatkan nilai-nilai kesenian di dalam kehidupan kerana kecintaannya kepada seni mengukir, menenun, membatik, menyongket dan menghasilkan wadah-wadah Melayu untuk tatapan seluruh rakyat jelata serta pedagang.

Negeri pesisir pantai Laut China Selatan ini juga terkenal di kalangan rakyatnya dengan sejarah dan lagenda Puteri Saadong dari abad ke tujuh belas dan kisah Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dari awal abad ke dua puluh. Puteri Saadong yang terkenal dengan rupa-akal-budi, semangat kenegaraan dan kesetiaan terhadap suaminya, Raja Abdullah, menjadi inspirasi rakyat Kelantan. Kehilangan baginda puteri dari pandangan rakyat jelata untuk pertapaan dan pengabdian dirinya menjadikan misteri kehidupannya sebuah cerita lagenda.

Sejarah perjuangan Tok Janggut pula menjadikan beliau sebagai seorang wira Melayu dalam menuntut kemerdekaan dari pihak British. Semangatnya menentang penjajahan minda dan budaya orang Melayu menjadikan beliau sebagai salah seorang nasionalis Melayu awal pada zamannya di awal tahun 1900. Pembunuhannya oleh pihak British dalam pemberontakan pada tahun 1915 tetap menjadi misteri kehilangannya. Kelantan kemudiannya diwar-warkan sebagai Serambi Mekah kerana pengembangan pengajaran Islam oleh guru agama terkenal, Tok Kenali (Haji Muhamad Yussuf).

Inilah yang menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang banyak lagenda, mempunyai sejarah yang panjang, kaya dengan seni dan budaya serta ilmu agamanya. Keperibadian tokoh-tokoh telah mengabadikan simbolika yang kukuh, sekaligus menimbulkan pemikiran budaya yang dinamik.

Kelantan mula menjadi tumpuan para pengkaji sejarah, antropologi, politik, budaya dan seni, bermula dengan Skeat dan Anandale sekitar tahun 1890an, Jeanne Cuisinier dan Raymond Firths sekitar 1930an hinggalah kepada pengkaji barat yang lain termasuk William Malm, Amin Sweeney, David Wyatt, William Roff, Douglas Raybeck, Robert Winzeler, Clive Kessler, Richard Winsteadt dan Mubin Sheppard. Pengkaji tempatan yang berminat dengan Kelantan pada awalnya termasuklah pengkaji perintis dari Universiti Malaya seperti Ismail Hussein, Mohd Taib Othman, Nik Safiah Karim dan Kassim Ahmad. Manakala penulis rakyat Kelantan sendiri pula termasuklah Mohamad Nik Mohd Salleh, Ibrahim Nik Mahmood, Abdullah Al-Qari Haji Salleh, S.Othman Kelantan, Abdul Rahman Al-Ahmadi serta Abdullah Nakula.

Di dalam pengembaraan budaya Stewart Wavell yang tercatat dalam bukunya, Naga King’s Daughter (1963), banyak cerita tentang kehidupan masyarakat, misteri, seni dan budaya di Kelantan sekitar awal tahun 1960an dipaparkan. Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, peristiwa ketegangan kaum pada 13 Mei 1969, Tahun Melawat Malaysia 1990 serta Pilihanraya Umum 1990 banyak membawa angin perubahan kepada negeri Kelantan, termasuklah perubahan budaya. Meskipun begitu, Kelantan tetap dengan gelaran Kota Bharu Kota Budaya, negeri yang penuh tradisi Melayu serta kuat mempertahankan martabat bangsanya di Malaysia sehingga digelar “Cradle of Malay Culture”. Pada tahun 2005 pula Kelantan telah memartabatkan Kota Bharu sebagai Kota Islam di Malaysia.

Kedudukan Kelantan yang dilihat sebagai terpisah dari permodenan dan jauh terpencil dari kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur, sering dijadikan penyebab kepada sebuah kehidupan tradisional yang konservatif. Walaupun Kelantan masih dipisahkan oleh kawasan perhutanan di sebelah barat dan selatan serta pesisir pantai Laut China Selatan di sebelah timur, negeri ini sudah dihubungi lebuhraya, jalan keretapi dan jalan udara. Musim tengkujuh yang membawa hujan pada setiap penghujung tahun terus meniupkan angin timur laut, manakala dua belas jenis angin yang meniup dalam tubuh manusia Kelantan, tetap menjadi misteri yang bermain dan membawakan simbolika dalam ceritera Dewa Muda. Angin globalisasi pula semakin menghimpit, dan menjadikan Kelantan sebuah tembok kekuatan Bangsa Melayu. ]


*Penemuan rangka manusia berusia 8000 tahun di Gua Bewah, Hulu Terengganu dalam akhbar Mingguan Malaysia m/s 20 kelmarin (8/2/2010) :

[ HULU TERENGGANU 6 Feb. - Satu penemuan rangka manusia yang disemadikan dalam keadaan meringkuk seperti bayi di dalam kandungan dipercayai berusia antara 8,000 hingga 11,000 tahun ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir, November tahun lalu.

Dengan penemuan rangka manusia zaman prasejarah itu, ia membuktikan wujudnya kawasan penempatan manusia zaman Mesolitik di kawasan tersebut.

Semasa ditemui, rangka berada dalam posisi yang dipercayai merupakan cara masyarakat zaman tersebut mengkebumikan mayat.

Pakar Arkeologi daripada Institut Tamadun dan Alam Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya rangka tersebut milik manusia berdasarkan ciri-ciri lengkap tulang yang ditemui sama dengan rangka manusia.

Bagaimanapun, katanya, jantina dan usia rangka manusia itu belum dikenal pasti.

"Rangka tersebut ditemui pada kedalaman 75 sentimeter dan ia merupakan penemuan terbesar selepas rangka pertama yang ditemui pada tahun 1975 di Gua Batu Tok Bidan berdekatan gua tersebut….. untuk baca seterusnya ( Klik Sini )

Saya percaya penemuan di atas amat berkait rapat dengan penemuan rangka manusia di Gua Cha suatu masa dahulu ( Klik Sini ) .


Marilah kita sama – sama membaca sedikit artikel sejarah yang saya ambil dari Wikipedia di bawah untuk mendapat sedikit gambaran mengenai negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga dan kaitannya dengan Cik Siti Wan Kembang :

Sejarah Ringkas Negeri Kelantan:

[Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Kumar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.

Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginda Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Sultan Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).

Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang. ]

Hayati lagu Dikir ini yang berjudul : Tanah Serendah Sekebun Bunga




[Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabalkam menjadi Permaisuri Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.

Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Sultan pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong

Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.

Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

Jata/ Lambang Negeri Kelantan.

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini





Artikel Pilihan 1 :


Sumber : Klik Sini




["CIk Wan Kembang" adalah nama sebenarnya. Gelaran tambahan "siti" adalah diberikan oleh pedagang arab.

FAKTA

*Nama asal Cik Wan Kembang
*Kematian ayah sejak usia empat tahun
*Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah
*Menjadi raja dalam usia 30 tahun pada 1610
*Pusat pemerintahan, Gunung Chinta Wangsa dan Kota Tegayong
*Tidak berkahwin dan menjadikan Puteri Saadong sebagai anak angkatnya
*Binatang kesayangan adalah kijang dan menjadikan binatang itu sebagai lambang negeri
*Memerintah Kelantan selama 67 tahun

Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak pernah berkahwin

RAMAI pasti terpinga-pinga atau menggelengkan kepala jika ditanya siapakah Cik Wan Kembang.


Namun bila disebut Cik Siti Wan Kembang, orang pasti mengaitkan nama wanita itu dengan Kelantan hingga menjadi antara nama timangan negeri berkenaan yang turut bergelar Serambi Makkah.

Berdasarkan catatan sejarah, nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan dari keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik Wan Kembang, yang diberikan ayahandanya, Sultan Ahmad.

Berdasarkan buku ringkasan cerita Kelantan, karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, gelaran "Siti" diberikan seorang pedagang Arab yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan "Siti".

Ketika mengadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan "Siti" dan panggilan "Siti" itu didengar beberapa orang yang berada di balai mengadap.

Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti "Siti" sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.

Terdapat juga sumber sejarah menyatakan beliau turut digelar panggilan Paduka Cik Siti.

Buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid, terbitan Pustaka Al-Ahliah (1962), Siti bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri.

Dalam usia empat tahun, Cik Siti Wan Kembang kehilangan kasih sayang ayah yang mangkat menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan diambil alih Raja Husin.

Sejarah Pemerintahan

Sejarah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan bermula pada 1610. Berdasarkan sumber sejarah tempatan, dalam usia 30 tahun, beliau dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin.

Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudiannya ditukar nama sebagai Gunung Chintawangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal hingga kini.

Sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan nama Cik Siti Wan Kembang terkenal.


Walaupun seorang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasaannya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan saja.

Beliau membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.

Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina sebuah taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan dengan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong, yang kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Ayam (berhampiran Sungai Nenggiri, kini Hulu Kelantan), membawa pelbagai persembahan untuk beliau.

Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.

Kecantikan & Keperawanan

Di sebalik kecantikannya, Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami walaupun ramai raja dan anak raja datang meminangnya. Ramai ditolak Cik Siti Wan Kembang dengan alasan tidak terlintas dihatinya untuk bersuami.

Lama kelamaan, keadaan itu membuatkan Cik Siti Wan Kembang berasa kesunyian hidup sendirian. Apabila melihat Puteri Saadong, ( Puteri Raja Loyor ) ketika mengadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat mengambil puteri itu sebagai anak angkatnya.

Rundingan di antara Raja Loyor dan permaisurinya berakhir dengan kerelaan mereka menyerahkan Puteri Saadong untuk dijaga Cik Siti Wan Kembang.

Puteri Saadong adalah seorang gadis ayu serta cantik dan digelar penduduk Gunung Chintawangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu sampai kepada pengetahuan maharaja Siam yang menghantar utusan meminangnya tetapi ditolak Cik Siti Wan Kembang.

Menyedari Raja Siam akan menimbulkan masalah berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti Wan Kembang mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah (sepupunya) dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong dan kemudian berpindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai pemerintah Kelantan.

Selepas pelantikan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunong Chintawangsa, kota pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak diketahui lagi.

Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan selama 67 tahun, antara 1610 dan 1677 dengan dua pusat pemerintahan iaitu Kota Tegayong dan Gunung Chintawangsa.



Artikel Pilihan 2 :

Tajuk : Kaitan Antara Syed Hussien Jamaluddin Kubra
Dengan Keturunannya di kelantan


Sumber : Klik Sini



[Syed Hussien Jamaluddin Kubra :

Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.

1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.

2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.

3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.

4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.

5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.

6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.

7. Beliau ketua Wali 7.

8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa


Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama 'Jiddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.

Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.

Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini 'tersorok' dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.

Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.

Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.

Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa

Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.

Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan


Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah

Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.

Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.

Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdullah.

Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.

Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.

Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri. ]

*Apa pula kaitan antara Langkasuka dan Naga Tasik Chini ?

Klik Sini :

[Persoalan2 dan pertanyaan tersebut telah membawa aku kepada sebuah buku "The Naga King's Daughter" oleh Stewart Wavel yang ditulis pada tahun 1965 setelah penjelejahannya bersama Kumpulan Oxford dan Cambridge pada tahun 1963 dan dinaungi oleh Tunku Abdul Rahman. Perjalanan tersebut bukan hanya membuka pemikiran tentang Menora, tetapi juga hubungannya dengan Langkasuka, Puteri Saadong, Main Peteri, Semangat Laut, Laut dan Angin serta Tasik Cini dan Orang Asli.

Naga King's Daughter telah membuka perjalanan aku semasa bertugas di Bangkok (1998-2000). Termasuklah bengkel seni untuk sekolah rendah yang aku kelolakan di Nakhorn Sri Thammarat di Bahagian Utara Selatan Siam, berdekatan dengan Suratthani(pengkalan ke Koh Samui).

Banyak yang ditemui di Nakhorn Sri Thammarat, dari Nasi Kerabu, Tukang Mas Kelantan, Kerabat Kelantan dan dibawa ke Nakorn dalam perjalanan ke Bangkok untuk dijadikan buruh semasa Rama I, Ramkamheng, serta juga bertemu guru-guru Manora.

Untuk hari penutuh kami mengambil keputusan untuk mengadakan sebuah persembahan Manora di mana 13 orang penari pelajar menarikan tarian Menora, dan hati aku begitu gembira kerana aku tahu tarian tersebut tidak akan hilang, walaupun ianya tidak lagi berada dinegeri Melayu, tetapi negeri yang dulunya adalah negeri Melayu Ligor dan sebelumnya Sri Dharmanagara, tempat yang dikatakan di mana ugama Buddha dikembangkan, kemudiannya ditawan oleh Siam Ayutthaya dan menukarkan namanya kepada Nakorn Sri Thammarat.]


* Ada juga mitos yang mengatakan Sita Dewi atau Cik Siti Wan Kembang adalah orang yang sama, benarkah begitu ??? antara mitos dan misteri yang berlegar sekitar nama Cik Siti Wan Kembang amatlah banyak ditemui, contohnya boleh dibaca kat sini :

Klik Sini

[ANTARA dunia mitos, legenda dan sejarah...inilah sumber untuk mencari, menyediliki dan menyusun teks sastera seni budaya. Watak Sita Dewi diperkenalkan melalui teks Ramayana dan berkembang dalam seni persembahan wayang kulit. Watak Sita Dewi di perikan sebagai wanita jelita berkulit kuning gading, berhias sanggul bergelung, dengan susunan bunga melor, leher - dada berdokoh, ulu lengan berpontoh. Watak penting ialah sikap wanita yang setia jujur kepada suami Seri Rama. Betapa pula kesetiaannya dicurigai teruatama ketika dia dapat dilarikan oleh Rahwana yang berjaya melarikannya dari lingkaran sakti. Siapakah yang sanggup penyebelahinya? Laksamana yang ditugas menjadi lingkaran sakti, ketika Rama harus keluar memburu kijang emas yang diingini puteri. Setelah dirampas Rahwana, siapa yang datang membantunya? Jentayu, ya jentayu harus bertempur dengan garoda, unggas raksaksa jelmaan Rahwana.

Cik Siti Wan Kembang juga kerap dikaitkan dengan mitos. Sumber lisan konon puteri ini dijumpai oleh Awang Selamat dengan isterinya Mak Kelembai. Hal ini cerita lisan yang sudah menjadi cerita asas dalam teks sastera klasik lainnya. Termasuk teks Hikayat Pasai, Sejarah Melayu juga Inderaputera dan Hikayat Merong Mahawangsa.

Kita kembali dipaparkan dengan kenyataan yang hampir dengan sejarah, kerana Cik Siti pernah wujud, lahir dan menjadi Ratu penting di wilayah kerajaan Kelantan Lama. Maka kitapun hampir percaya konon cerita, Cik Siti puteri Raja Ahmad, bondanya Cik Banun anak Seri Nara Diraja ayahanda Raja Ahmad putera Raja Dewi (puteri Sultan Mahmud dengan Onang Kening) dengan Raja Mansur Sempurnalah asal usul seperti yang dipercayai, hingga Cik Siti berkuasa di wilayah Kelantan Lama , kerajaaan Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung. Konon di zamannya telah digunakan duit siling emas (kupang) dengan logonya terkenal hingga sekarang, kijang lambang mata wang terbitan Bank Negara Malaysia.
...bersambung

(lih.Abdullah Zakarian dan Zahir Ahmad, 2007) ]

Persoalannya:

Mengapa Cik Siti Wan Kembang memilih Gunung Chintawangsa di Hulu Kelantan berhampiran dengan Gunung Ayam, Taman Rusa, Gua Cha, Taman Negara Kuala Koh ???

Apakah kaitan antara Cik Siti Wan Kembang dengan binatang kesayangannya iaitu Kijang ??? Sehingga beliau menyuruh rakyat mencetak duit dengan gambar kijang, Jata atau Lambang Negeri Kelantan juga ada Kijang! Apakah misteri atau rahsia yang dimiliki oleh kijang ini sehingga Lukisan Kijang ini wujud di dinding batu di zaman Mesir Purba seperti di bawah???





Nantikan Dalam TSSB- Bhg 2.

Wassalam.

* Perhatian ! : Semua artikel yang di ambil dari mana-mana sumber dibuat tanda [ hingga ]

Sangtawal Sakranta.